My Aura Success

My photo
Pusing, Perak, Malaysia
ALL ABOUT SUCCESS: SUCCESS IS POSITIVE ELEMENTS; POSITIVE ELEMENTS RELEVANT WITH OUR POSITIVE THINKING AND ACTION

Sunday, July 3, 2011

Cerita ceriti dari Ibu

Cerita dari Ibu- siri 1

Ibu sentiasa menceritakan kisah hidupnya dari semenjak mula berkahwin dengan ayahku sehingga aku dilahirkan dan sehingga ibu melarikan diri dari ayah dan sehingga ibu memohon perpisahan dari ayah dan berkahwin dengan ayah tiriku. Ternyata segala kejadian, keputusan dan tindakan ibuku dahulu adalah tidak salah. Begitu banyak kebaikan berbanding dengan keburukan diatas keputusan hidup yang telah dibuat oleh ibuku. Semuanya demi untuk kebaikan diriku. Kadang-kadang aku merasakan sukar untuk memulakan cerita ini dari sudut mana. Ini kerana terlalu banyak cerita yang bermain difikiranku dari semenjak aku memahami apa erti sebenarnya kehidupan. Biarlah kuceritakan siri pertama ini dengan SIAPAKAH AYAHKU? SIAPAKAH IBUKU?

AYAH..boleh dikira beberapa kali aku menemui ayahku dari semenjak aku kenal dunia sehinggalah keusia aku kini. Pertama kali aku kenal siapa ayah aku ketika aku berusia 6 tahun. Rasanya itulah kali pertama aku kenal dia adalah ayahku. Tetapi sebelum itu, biarlah kuceritakan apa yang telah ibu ceritakan padaku dari usiaku 1-4 tahun (kerana aku masih belum memahami dan tentunya aku tidak dapat mengingatinya).

Cerita ibu, selepas aku dilahirkan ibu membawa diri dan melarikan diri dari ayah. Ibu tinggalkan aku pada tok wan. Semenjak dari bayi aku tinggal dengan tok wan. Walaupun ditinggalkan, ibu sentiasa mengambil berat dan mengambil tahu hal ehwal aku semasa membesar dengan tok wan. Cerita ibu lagi...ayah akan sentiasa mencari peluang untuk mengambil diriku dari tok wan. Tetapi tidak berjaya. Entah macam mana suatu hari ayah telah berjaya melarikan diriku dari tok dan tok wan. Macam dalam cerita drama sahaja aku dengar dari cerita ibu ni. Ayah membawaku lari dengan sebuah motor kapcai dan memegang aku sebelah tangan. Lebih drama lagi aku rasakan, ibu cerita bahawa pada kejadian kejar mengejar antara ibu dan tok (menaiki kereta), ayah memegang aku dengan sebelah tangan, sebelah tangan lagi memegang handle motorsikal. Tahunya ketika itu aku baru berusia setahun. Allah maha berkuasa, aku selamat walaupun tiada jaminan keselamatan ketika kejadian tersebut. Al ceritanya dari ibu, kejar mengejar..akhirnya, ibu dan tok berjaya mendapatkan aku kembali. Benarnya kasih sayang ayah padaku...nak memelihara aku dan curahkan kasih sayangnya. Itulah yang difikiranku ketika pertama kali aku mendengar cerita ibu. Tetapi setelah menilai sendiri.. dengan kejadian-kejadian yang akan diceritakan dalam siri-siri seterusnya, salah tanggapan baik aku pada ayah. Ada agenda besar ayah pada diriku. Seterusnya aku selamat lagi dari ayah.