My Aura Success

My photo
Pusing, Perak, Malaysia
ALL ABOUT SUCCESS: SUCCESS IS POSITIVE ELEMENTS; POSITIVE ELEMENTS RELEVANT WITH OUR POSITIVE THINKING AND ACTION

Friday, June 10, 2011

Anugerah Allah - Selamat Hari Jadi Anakku Izzah Damia...




.....Izzah Damia anakku......

Sempena 16hb April ini, anak ibu ni akan berusia 4 tahun. Syukur kepada Allah atas kebesaranNya mengurniakan Damia dalam hidup ibu dan ayah. Pelbagai rintangan dan dugaan dari mula ibu mengandungkan Damia sehingga ke saat melahirkan Damia hanya pada usia kandungan mencecah 28 minggu. Begitu juga dengan ayah, risaukan ibu dan kandungan sehingga kadang-kadang baru sahaja sampai Kuala Lumpur dah kena balik ke Ipoh semula apabila mendapat panggilan kecemasan dari ibu. Tetapi kesusahan ayah dan kepayahan ibu sewaktu melahirkan Damia telahpun terbalas dengan melihat keadaan dan sihatnya Damia sehingga kesaat ini.

Masih terbayang saat melahirkan Damia pada jam 7.35 pagi 16hb April 2007, hanya kedengaran suara kecil tangisan selepas dilahirkan dan selepas itu Damia terus dibawa ke NICU kerana Damia terlalu kecil (1.2kg) dan perlu diberikan bantuan oksigen dengan segera. Alhamdullilah dengan kebesaran Allah, Damia berjaya mendapat bantuan oksigen dan ditempatkan didalam 'incubator' sebagai penganti rahim ibu. Terima kasih juga kepada doktor dan nurse di NICU yang bertungkus lumus untuk menyelamatkan Damia yang semestinya mempunyai paru-paru yang masih belum sempurna.

Seharian ibu sendirian tanpa Damia di dalam wad ibu bersalin, dalam hati ibu hanya Allah sahaja yang tahu, menahan sebak bila memikirkan bagaimanalah keadaan Damia dalam NICU tu. Melihat ibu-ibu lain bersama bayi mereka dan menyusukan mereka, lagilah meruntun hati ibu ketika itu. Setelah petang, barulah ibu dibenarkan untuk melihat Damia. Ketika dan saat melihat Damia didalam 'incubator' bersama-sama dengan wayar-wayar dan tiub-tiub memenuhi setiap ruang muka dan badan Damia, menyebabkan airmata ibu tak dapat ditahan lagi...dan bermula dari saat itu, hanya Damia sendirian berjuang bersama-sama ubat-ubatan dan jarum jemarum untuk hidup. Ibu hanya mampu memberikan usapan kasih sayang, itupun hanya melalui ruang yang hanya muatkan tangan ibu sahaja untuk mencapai Damia di dalam 'incubator'. Ibu hanya mampu berdoa supaya Damia sentiasa kuat untuk terus berada dimuka bumi Allah ini bersama ibu dan ayah. Setiap kali ibu dapat mengusap Damia melalui 'incubator', ibu sentiasa berfikiran positif kerana itulah nasihat daripada 'nurse' "...ibu kena positif ... insyaallah bayi pun akan merasakannya...dan terus berjuang untuk hidup untuk melihat ibu dan ayah"...ibu masih ingat lagi sehingga kini kata-kata itu.

Seminggu, dua minggu Damia masih di dalam 'incubator' dan bernafas dengan bantuan pernafasan. Susu ibu pun diberikan melalui tiub yang dimasukkan kedalam mulut Damia dan ditekan masuk sehingga keperut. Nampak begitu terseksa setiap kali 'nurse' memasukkan dan mengeluarkan tiub tersebut dari Damia. Meruntun dan sedih hati ibu, menangis setiap kali melihatnya. Ya, setelah mencecah tiga minggu, pastinya 'nurse' mencuba untuk mengalakkan Damia untuk bernafas tanpa bantuan tiub oksigen. Ketika inilah pertama kali ibu dapat memeluk dan mendukung Damia atas tangan ibu sendiri. Tetapi hanya seketika, tidak sampai pun satu minit, muka Damia dah bertukar biru kerana tiada oksigen. Itu tandanya Damia masih belum pandai bernafas dengan sendirinya. Damia dimasukkan semula kedalam incubator dan terus diberikan bantuan oksigen. Begitulah setiap kali percubaan, Damia akan kembali semula memerlukan bantuan oksigen. Hampir 4 minggu, untuk kesekelian kalinya Damia berjaya bernafas dengan sendiri dan pada masa itu hati ibu dan ayah gembira sangat dan Damia dipindahkan ke bahagian lain tetapi masih dalam NICU kerana berat Damia masih belum mencecah 1.5kg.

Ibu berkampung di hospital, dan ayah berulang alik dari Kuala Lumpur ke Ipoh setiap minggu. Begitulah rutinnya sehinggalah Damia dibenarkan keluar daripada NICU tetapi ditempatkan pula diwad kanak-kanak 6C. Di situ, ibu dan Damia berkampung lagi kerana menunggu berat Damia mencecah 1.7kg barulah dibenarkan keluar dari hospital. Hampir 4 minggu pula ibu bersama Damia di wad 6C. Tetapi didalam wad 6C kita bersama kerana Damia dah pandai bernafas sendiri. Alhamdullilah. Ibu menghabiskan 'pantang' ibu dihospital bukan dirumah seperti ibu-ibu lain. Tetapi semua itu terbalas dengan melihat keadaan Damia sekarang. Alhamdullilah, Damia diberikan Allah kekuatan serta semangat untuk terus bersama dengan ibu dan ayah dan kini bersama adik Izzah Danishah.

Walaupun ibu dan Damia telah dibenarkan keluar dari hospital setelah mencapai berat yang ditetapkan oleh hospital, Damia tetap kena menghadapi rutin pemeriksaan setiap bulan untuk mengetahui tahap kesihatan Damia luar dan dalaman. Alhamdullilah..Damia dilihat sempurna seperti kanak-kanak lain yang dilahirkan cukup 9 bulan kandungan. Syukur padaMu Ya Allah.

Sempena hari jadi Damia yang ke-4 ini, Ibu hadiahkan cerita ceriti ini semoga apabila Damia boleh membaca dan memahaminya kelak akan mengingati akan kebesaran Allah dan menghormati ibu serta ayah. Ibu dan ayah doakan semoga Damia akan terus diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang solehah.

SELAMAT HARI JADI ANAKKU DAMIA.........DARIPADA IBU DAN AYAH.

Pengajaran dan Pengalaman...

Salam semua,

Sahaja terlintas untuk berkongsi pengalaman lucu bersama rakan2 semua....mungkin ianya dapat dijadikan sebagai iktibar pada semua...WaAllahuallam...
Kejadian ini berlaku berpuluh tahun yang lepas .....bomoh...anda semua percaya atau tidak dengan ramalan atau amalan bomoh...kisahnya begini....suatu hari...cincin peninggalan arwah tokwan ... sedar2 sudah tidak ada dijari...kelam kabut jadinya...terlampau sayangkan cincin peninggalan arwah...berusaha mencarinya...keseluruhan rumah...tetapi tak jumpa...sedih sangat...menangis mengenangkan cincin yang hilang tu....tiba2 teringat ada orang cakap ada seorang bomoh yang pandai cari barang yang hilang...dan barang yang hilang tu bukan setakat dapat dijumpai semula...tetapi barang itu akan berada didepan tuan punya dan bomoh tersebut..(waktu tu juga...barang yang hilang dapat balik)....wah..wah...hebatnya bomoh ni....apa lagi kerana sayangkan sangat cincin arwah tu...diri ini pun pergi lah juga jumpa bomoh 'handal' tersebut....
susah payah mencari rumah bomoh tu...tinggalnya diceruk2 kampung...agaknya...tipikal bomoh2 tinggal ditempat2 macam tu...akhirnya berjumpa juga...malam hari...agak ramai juga orangnya...dalam hati fikir..."oooo...memang dasyat bomoh nih..".
Dalam menunggu waktu nak berjumpa dengannya...bomoh tu sedang menjalankan upacara mendapatkan fail2 mahkamah (tak tahulah...mungkin orang tu..ada kes mahkamah kot..dengan harapan bila dapat tarik fail mahkamah tu...kesnya akan hilang...waallahualam)....dalam upacara tu...bomoh tu katanya telah berjaya mendapatkan fail2 tersebut dari mahkamah...tetapi sewaktu upacara tu keadaan gelap gelita...tiba2 aje...ada api...dan lampu 'on' semula.bomoh tu cakap...fail dah dapat..tetapi terbakar... ha..ha..ha...lawak betul la bomoh ni...macamana nak tahu fail tu betul ke tidak....entahlah apa jadi dengan orang tu...selepas malam tu...

sampai masa diri ini pula...lampu tak dipadam...nasib baik..risau juga masa tu..bomoh tu tenung2...entah apa dibacanya pun tak tahulah...lepas selesai ...dia pun cakap "cincin adik ni...ada seorang perempuan baya2 adik yang sedang pakai cincin tu...kulit dia agak gelap..., macamana nak tarik juga ke cincin tu...sebab saya nak pesan satu je...kalau tarik juga cincin tu...cincin tu akan datang dengan jarinya sekali..sanggup tak adik?" ....dalam hati berfikir...apa gila sampai nak tarik dengan jari budak tu sekali...tapi dimulut menjawab "takpelah kalau camtu..dah memang takde rezeki kot...tak payah lah sampai korbankan jari perempuan tu.." diri ini membalasnya...dan malam tu...baliklah dengan tangan yang kosong...dan hati yang masih sedih...tetapi kena bayar juga kat bomoh tu...tapi dah tak ingat berapa dibayarnya....
Sampai rumah...ayah dan mak kata...sembahyang hajat dan mohon doa pada Allah....moga2 dapat kembali cincin tu...mudah2an....

Keesokkan harinya...bangun dari tidor seperti biasa...takpelah dok memujuk diri...dan hati sendiri..memang dah takde rezeki.. lepas breakfast...basuh cawan dan pinggan...seluk dalam sabun basuh pinggan...la...rupa2nya cincin tu terjatuh dalam bekas sabun...tak sedar...agaknya...pasal licin dengan buih sabun....masa tu...tergelak sepuas2 hati dengan ayah dan mak...padan muka sendiri ....penipu punya bomoh....pandai kelentong plak tu....semenjak dari hari tu...diri ini dah tak percaya langsung dah dengan bomoh-bomoh terutamanya jenis2 yang macam tu...cari barang hilang la...tarik duit la...tu semua boleh percaya ke...Hanya ALLAH yang MAHA BERKUASA DIATAS MUKA BUMI INI....kecualilah...berusaha dengan ustaz2 yang mengamalkan ayat2 Al-Quran sebagai amalan...insyaallah...WaAllahuallam....
FIKIR2KANLAH....BERSAMA2...

oklah...insiden yang tidak dirancang yang menjadi pengajaran dan pengalaman dalam hidup ini...ingatlah ALLAH ... HANYA PADAMU AKU BERSERAH DAN BERDOA...AMPUNKAN SEGALA DOSA2KU...YA ALLAH...AMINNN...RABALLALAMIN...